Friday 9 September 2011

   
blueberry cheese tart
Pastri:
300gm tepung gandum
1sb susu tepung
180gm gula icing
1 biji telur

Inti:
250gm cream cheese
40gm gula icing
20gm mentega
1biji telur
3sb krim putar
250gm blueberry filling

Cara2 pastri:
Satukan mentega dgn tepung gandum, susu tepung & gula, kacau hingga jadi seperti serbuk roti. Masukkan telur & uli sehingga jadi doh. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 20minit. Keluarkan dan terap ke acuan mangkuk tart sehingga siap dan  bakar selama 15 - 20 minit dalam ketuhar pada suhu 180darjah celcius.

Cara2 buat inti:
Adunkan gula icing & mentega sehingga kembang. Masukkan telur dan krim putar, kacau sehingga sebati. Masukkan sedikit blueberry ke dalam kulit tart tadi dan masukkan cream cheese di atasnya dan  corakkan. Bakar selama 10 minit.
  •  
     
  • Saturday 23 July 2011

    Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak

    Pernahkah kita terfikir bahawa sebagai ibu bapa, banyak perkara yang kita  lakukan salah dalam mendidik anak-anak?

    Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.

    Dalam mendidik anak, mungkin cara ibu bapa salah. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan.

    Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa.

    Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif anak-anak. Antaranya:

    1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

    2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

    3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

    4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

    5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.

    6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

    7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

    8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

    9. Kurang melahirkan kasih sayang.

    10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

    11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.

    12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

    13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.

    14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

    15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.

    16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

    17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.

    18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.

    19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

    20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.

    21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.

    22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

    23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

    24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.

    25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

    26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

    27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

    28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.

    29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

    30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

    31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

    32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

    33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.

    34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

    35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

    36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

    37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.

    38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

    39. Tidak tegas mendidik anak-anak.

    40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

     

    Tuesday 12 July 2011

    KEPENTINGAN  MANDI

    Menurunkan Paras Gula.
    Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati mandi bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.


    Untuk Kesihatan Jantung
    Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.


    Mengeluarkan racun
    Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20minit.

    Meredakan Stress

    Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ini dapat menyempitkan saluran darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.


    Mengatasi Jangkitan Penyakit Kulit
    Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik
    (sodium bicarbonate) ke dalam
    air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.



    Menyembuhkan Selesema Dan Sakit Kepala
    Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selesema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.


    Menyelesaikan Masalah Insomnia
    Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga kaki berasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selesema dan sembelit.
    Drpd: Fendi Bakti.
    http://azharibinhamzah.blogspot.com
    AKTIVITI SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG NYONYA

    Kem Kecemerlangan UPSR  pada 10 dan 11 Julai 2011
    di Muda Resort, Kota Aur, Belantik.


     Teknik Menjawab Soalan UPSR



    Slot motivasi  dikendalikan oleh kaunselor
    Cikgu Marlyana dan Cikgu Amiruddin


    Aktiviti riadah selepas seharian di dalam dewan.



    Menikmati buah-buahan di resort
    yang berkonsepkan "agrotourism".


    Di Muda Resort juga terdapat ternakan rusa.

                                         
    Saya dan rakan-rakan sempat meninjau Empangan Muda,
    yang  tidak jauh dari Kem Gulau dan Muda Resort.



    Gambar dirakam berlatar belakangkan
     Empangan Muda.


    Muda Resort sesuai dikunjungi terutamanya
     ketika musim buah-buahan kerana
    di sekeliling resort tersebut ditanam dengan
     pelbagai pokok buah-buahan  seperti rambutan,durian,manggis,dokong,setoi,
    limau,kedondong, ciku,kuinin dan limau kasturi.Sesiapa yang mendaftar masuk ke resort tersebut
     bebas memetik buah-buahan
    yang terdapat di situ dan makan
    setakat mana yang mampu.