Friday 9 September 2011

   
blueberry cheese tart
Pastri:
300gm tepung gandum
1sb susu tepung
180gm gula icing
1 biji telur

Inti:
250gm cream cheese
40gm gula icing
20gm mentega
1biji telur
3sb krim putar
250gm blueberry filling

Cara2 pastri:
Satukan mentega dgn tepung gandum, susu tepung & gula, kacau hingga jadi seperti serbuk roti. Masukkan telur & uli sehingga jadi doh. Masukkan ke dalam peti sejuk selama 20minit. Keluarkan dan terap ke acuan mangkuk tart sehingga siap dan  bakar selama 15 - 20 minit dalam ketuhar pada suhu 180darjah celcius.

Cara2 buat inti:
Adunkan gula icing & mentega sehingga kembang. Masukkan telur dan krim putar, kacau sehingga sebati. Masukkan sedikit blueberry ke dalam kulit tart tadi dan masukkan cream cheese di atasnya dan  corakkan. Bakar selama 10 minit.
  •  
     
  • Saturday 23 July 2011

    Kesilapan Ibu Bapa Mendidik Anak

    Pernahkah kita terfikir bahawa sebagai ibu bapa, banyak perkara yang kita  lakukan salah dalam mendidik anak-anak?

    Pakar motivasi dan psikiatri sering mencari punca mengapa anak-anak menjadi liar, tidak mendengar kata, melawan orang tua dan pelbagai salah laku oleh segelintir anak-anak terhadap kedua ibu bapa mereka.

    Dalam mendidik anak, mungkin cara ibu bapa salah. Dalam proses tumbesarannya, anak-anak pasti melalui pelbagai perkara yang mungkin boleh membuat mereka terdorong melakukan sesuatu di luar jangkaan.

    Apabila melihat kelakuan anak-anak itu, semestinya ia dikaitkan dengan cara didikan ibu bapa.

    Justeru, mari kita selidik kesilapan ibu bapa sehingga menyebabkan kesan negatif anak-anak. Antaranya:

    1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

    2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat.

    3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak.

    4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak.

    5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak.

    6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan.

    7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan.

    8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak.

    9. Kurang melahirkan kasih sayang.

    10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak.

    11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah.

    12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan.

    13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak.

    14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak.

    15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak.

    16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca.

    17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal.

    18. Tidak menunjukkan contoh teladan yang baik di hadapan anak-anak.

    19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak.

    20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibu bapa dengan anak-anak.

    21. Tidak menggunakan bahasa yang betul.

    22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak.

    23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak.

    24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat.

    25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak.

    26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak.

    27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak.

    28. Tidak menunjukkan minat terhadap aktiviti anak-anak.

    29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak.

    30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak.

    31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak.

    32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak.

    33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak.

    34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan.

    35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak.

    36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan.

    37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak.

    38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak.

    39. Tidak tegas mendidik anak-anak.

    40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama.

     

    Tuesday 12 July 2011

    KEPENTINGAN  MANDI

    Menurunkan Paras Gula.
    Kajian terbaru berkaitan dengan mandi mendapati mandi bukan saja bertujuan untuk membersihkan diri daripada kotoran, tetapi menjauhkan stress serta berperanan penting meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Penyelidikan yang diterbitkan dalam New England Journal of Medicine menunjukkan penderita diabetes yang menghabiskan masa selama setengah jam berendam dalam air suam dapat menurunkan tingkat gula darah sekitar 13 peratus.


    Untuk Kesihatan Jantung
    Kajian di Jepun pula menunjukkan 10 minit berendam dalam air panas dapat memperbaiki kesihatan jantung terutamanya untuk lelaki. Berikut beberapa manfaat mandi kepada individu yang mengamalkannya.


    Mengeluarkan racun
    Mandi air panas sekitar 32 hingga 35 darjah Celsius membuka ruang yang dapat membantu mengeluarkan toksin. Mandi air panas membantu menurunkan tingkat gula darah, menyembuhkan sakit otot dan membantu menjaga usus besar supaya bekerja dengan baik. Waktu yang dianjurkan ialah selama 10 hingga 20minit.

    Meredakan Stress

    Mandi air sejuk sangat baik untuk meredakan ketegangan. Ini dapat menyempitkan saluran darah dan meningkatkan tingkat gula darah. Suhu yang dianjurkan ialah sekitar 12 hingga 18 darjah Celsius.


    Mengatasi Jangkitan Penyakit Kulit
    Penyakit kulit tertentu seperti ruam atau gatal-gatal boleh diatasi dengan menambahkan soda penaik
    (sodium bicarbonate) ke dalam
    air mandian. Ia bertindak sebagai antiseptik. Isikan air ke bekas mandian dan tambahkan soda penaik dan aduk sehingga rata. Digalakkan untuk berendam selama 10 hingga 20 minit.



    Menyembuhkan Selesema Dan Sakit Kepala
    Merendam kaki dalam air panas membantu menyembuhkan selesema, sakit kepala dan menyegarkan kembali kaki yang lelah. Masukkan air panas secukupnya dalam bekas sehingga menenggelamkan pergelangan kaki kemudian tambahkan beberapa titis minyak seperti lavender, peppermint atau lemon. Selepas basuh dengan air sejuk.Lakukannya selama 10 hingga 20 minit.


    Menyelesaikan Masalah Insomnia
    Merendamkan kaki dalam air dingin sangat baik kepada anda yang mempunyai masalah imsonia atau memiliki masalah tidur. Masukkan kaki sehingga kaki berasa dingin. Perubatan ini berguna bagi kaki lelah,pendarahan hidung, selesema dan sembelit.
    Drpd: Fendi Bakti.
    http://azharibinhamzah.blogspot.com
    AKTIVITI SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG NYONYA

    Kem Kecemerlangan UPSR  pada 10 dan 11 Julai 2011
    di Muda Resort, Kota Aur, Belantik.


     Teknik Menjawab Soalan UPSR



    Slot motivasi  dikendalikan oleh kaunselor
    Cikgu Marlyana dan Cikgu Amiruddin


    Aktiviti riadah selepas seharian di dalam dewan.



    Menikmati buah-buahan di resort
    yang berkonsepkan "agrotourism".


    Di Muda Resort juga terdapat ternakan rusa.

                                         
    Saya dan rakan-rakan sempat meninjau Empangan Muda,
    yang  tidak jauh dari Kem Gulau dan Muda Resort.



    Gambar dirakam berlatar belakangkan
     Empangan Muda.


    Muda Resort sesuai dikunjungi terutamanya
     ketika musim buah-buahan kerana
    di sekeliling resort tersebut ditanam dengan
     pelbagai pokok buah-buahan  seperti rambutan,durian,manggis,dokong,setoi,
    limau,kedondong, ciku,kuinin dan limau kasturi.Sesiapa yang mendaftar masuk ke resort tersebut
     bebas memetik buah-buahan
    yang terdapat di situ dan makan
    setakat mana yang mampu.



    Friday 8 July 2011

    ASAL-USUL API DUNIA



     Takut apabila mengenangkan azab kubur. Tapi jiwa masih lemah... banyak masa dihabiskan untuk dunia berbanding akhirat...


    Alkisah...


    Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menceritakan dari mana asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah Nabi Adam dihantar ke dunia kerana kesalahannya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia bagi
    kegunaan Nabi Adam as. Maka Jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.


    Jibril : Wahai Zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan Adam as.


    Zabaniah : Sebanyak mana sedikit itu ?


    Jibril : Sebesar kurma. .


    Zabaniah : Kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya.


    Jibril : Kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma.


    Zabaniah : Kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada sepohon tumbuhanpun akan tumbuh di bumi nanti.


    Memandangkan keadaan yang rumit ini maka Jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu
    dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya Jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja daripada api neraka untuk dibawa ke dunia. Maka Jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah daripada Zabaniah tetapi oleh sebab kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 batang sungai. = 70 x 70


    Selepas itu Jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan di atas sebuah bukit yang tinggi tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat Jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk pelbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain-lain lagi.


    PENGAJARAN :


    Bayangkanlah kepanasan api neraka yang sebesar zarah  terpaksa disejukkan di dalam 70 batang sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja yang tinggal.Itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri?
    AKTIVITI DI SEKOLAH KEBANGSAAN SEBERANG NYONYA, JALAN KUALA KEDAH,KUALA KEDAH.



    SAMBUTAN HARI GURU

    Foto dirakam ketika sambutan Hari Guru 2011


     Persembahan daripada murid-murid prasekolah.



    HARI ANUGERAH KECEMERLANGAN  2010

    Latar pentas ditatarias oleh
    Cikgu Faridah Junoh dan Cikgu Norsalina.



     Gambar dirakamkan oleh guru-guru yang sentiasa melaram pada setiap majlis sebagai kenangan.


    Tetamu kehormat Dr. Heazar Ismail
    Pegawai Khas kepada Menteri Pengajian Tinggi



    Saya dan rakan seperjuangan.


    Para penerima hadiah yang tersenyum bangga
    apabila kejayaan diiktiraf.


    LAWATAN KE KUALA LUMPUR DAN GENTING
    SELEPAS UPSR 2010

    Merakamkan kenangan di hadapan mural gergasi.


    Guru-guru dan murid peserta rombongan.


    Ini dia guru-guru pengiring  yang tak sabar-sabar 
     hendak meneroka kota keriangan.


    Ketika ini sudah sampai di Zoo Negara.



    JURNAL PENDIDIKAN 1


    http://www.ukm.my/jurfpend/articles%20for%20vol%2034_1_2009%20bm.html




    JPerbandingan Gaya Pengajaran Guru Bahasa Melayu Dan Guru Bahasa Inggeris (The Comparative Study of Malay And English Language Teachers Teaching Style)
    ZAMRI MAHAMOD
    NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF
    JULIAWATI IBRAHIM


    ABSTRAK

    Kajian ini bertujuan untuk melihat profil perbandingan gaya pengajaran guru bahasa di daerah Hulu Langat, Selangor. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik telah dijalankan terhadap 300 orang guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang dipilih berdasarkan lima buah Pusat Kegiatan Guru (PKG). Soal selidik diubah suai daripada Gaya Pengajaran Grasha. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi Hasil kajian mendapati, guru mengamalkan kelima-lima gaya pengajaran yang dikaji. Terdapat tiga gaya pengajaran yang kerap digunakan oleh guru bahasa, iaitu gaya model personal, gaya fasilitator dan gaya delegator. Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi gaya pengajaran guru berdasarkan sesi persekolahan dan opsyen, tetapi terdapat perbezaan yang signifikan gaya pengajaran guru bahasa berdasarkan subjek bagi gaya pakar, autoriti formal dan model personal. Analisis ujian-t juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan gaya pengajaran guru berdasarkan pengalaman mengajar bagi gaya fasilitator. Kesimpulannya, guru bahasa menggunakan kelima-lima gaya pengajaran yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran murid.

    Thursday 7 July 2011

    DILARANG MENGHIDUPKAN PENDINGIN HAWA SEBAIK SAHAJA MENAIKI KERETA


    Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik sahaja memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ini dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil daripada haba bahan plastik di dalam kereta). Di samping menyebabkan kanser, bahan ini  juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan leukemia, meningkatkan risiko menghidapi kanser di samping punca keguguran.
    Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan di kawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah farenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali daripada tahap yang dibenarkan dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih-lebihan secara tidak sedar.
    Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemarkan buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila memasuki badan.

    Sunday 3 July 2011

    Pedagogi

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Pedagogi

    CREATE A BLOG

    Create new blogger (blogspot) blog



    Are you planning to start a FREE Blogger blogspot blog? Then this Guide is for you. Actually you can start blogging in 2  minutes using Google’s FREE blogger.
    First of all you should have a email ID to start blogger blog. I recommend you to have
    gmail account for blogger as it will be easy to manage. Now go to Blogger website.

    How to create blogger blogspot 300x230

    Now click Create you Blog, Now and enter your details with your email ID. Now after you have successfully created you blogger account. Click on create new blog then you will be redirected to a page similar to below screenshot.

     
    How to create blogger blogspot 1 300x273
    First enter the second field of Blog address. Enter your blog name you want to have and check if it is available. For example if you enter name mycity, then your blog name will be http://mycity.blogspot.com . If your desired name is not available then try another name, of make combination of numbers, example mycity22, mycity-12. After you choose your blog address choose appropriate name of you blog in first column. Then enter verification code and click Continue.



     How to create blogger blogspot 3 300x225
    Now start posting you posts.You can add image or video to your post or some HTML code also. The blogger editor is similar to MS word editor so that you can easily write, upload and post. If you have any doubts ask via comments.

    How to create blogger blogspot 2 300x240
    Now third and final step is to choose template as in above screen shot. Now choose your template and click continue. You can change template anytime or else you can also use different colorful templates afterward.