Friday 8 July 2011

JURNAL PENDIDIKAN 1


http://www.ukm.my/jurfpend/articles%20for%20vol%2034_1_2009%20bm.html




JPerbandingan Gaya Pengajaran Guru Bahasa Melayu Dan Guru Bahasa Inggeris (The Comparative Study of Malay And English Language Teachers Teaching Style)
ZAMRI MAHAMOD
NIK MOHD RAHIMI NIK YUSOFF
JULIAWATI IBRAHIM


ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat profil perbandingan gaya pengajaran guru bahasa di daerah Hulu Langat, Selangor. Kaedah tinjauan menggunakan soal selidik telah dijalankan terhadap 300 orang guru Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris yang dipilih berdasarkan lima buah Pusat Kegiatan Guru (PKG). Soal selidik diubah suai daripada Gaya Pengajaran Grasha. Data kajian dianalisis dengan menggunakan statistik deskriptif dan inferensi Hasil kajian mendapati, guru mengamalkan kelima-lima gaya pengajaran yang dikaji. Terdapat tiga gaya pengajaran yang kerap digunakan oleh guru bahasa, iaitu gaya model personal, gaya fasilitator dan gaya delegator. Analisis ujian-t menunjukkan tidak terdapat perbezaan min yang signifikan bagi gaya pengajaran guru berdasarkan sesi persekolahan dan opsyen, tetapi terdapat perbezaan yang signifikan gaya pengajaran guru bahasa berdasarkan subjek bagi gaya pakar, autoriti formal dan model personal. Analisis ujian-t juga mendapati terdapat perbezaan yang signifikan gaya pengajaran guru berdasarkan pengalaman mengajar bagi gaya fasilitator. Kesimpulannya, guru bahasa menggunakan kelima-lima gaya pengajaran yang disesuaikan dengan gaya pembelajaran murid.

No comments:

Post a Comment