Thursday 7 July 2011

DILARANG MENGHIDUPKAN PENDINGIN HAWA SEBAIK SAHAJA MENAIKI KERETA


Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik sahaja memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa. Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ini dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil daripada haba bahan plastik di dalam kereta). Di samping menyebabkan kanser, bahan ini  juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah putih. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan leukemia, meningkatkan risiko menghidapi kanser di samping punca keguguran.
Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan berbumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan di kawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah farenheit, tahap Benzene boleh meningkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali daripada tahap yang dibenarkan dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih-lebihan secara tidak sedar.
Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemarkan buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut apabila memasuki badan.

3 comments:

  1. Terima kasih atas Info yang sangat berguna untuk semua.Rupa-rupanya dlm kreta pon ada pembunuh senyap ye!

    ReplyDelete
  2. tk di atas info yg sangat mustahak untuk diketahui oleh kita semua. Mulai hari ini janganlah kita terus menghidupkan pendingin hawa di dalam kereta kita...

    ReplyDelete
  3. satu perkongsian yang berguna buat kita semua....

    ReplyDelete